Pages

Jumaat, 19 Februari 2010

SUARA PUSAT AKSES SMK Cherang Ruku






Gambaran Sebuah sekolah yang akan memaparkan perjalanan serta kegiatan pusat akses.


Pusat Akses SMK Cherang Ruku pusat intenet(sibercafe)mula beroperasi pada tahun 2007 dengan melalui fasa 3 yang man menepatkan senayak 10 buah komputer dan 1 mesin cetak. Lokasinya berada di tingkat tiga sekolah di mana keluasannya 20 x 15kaki persegi. Operasinya menggunkan talian Schoolnet.




TAHUKAH ANDA?????



Pusat Akses Sekolah (PAK) SMK Cherang Ruku berkonsepkan ‘cyber cafĂ©’ yang berfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan satu tempat/ruang pembelajaran bagi murid melalui kaedah pembelajaran kendiri(seft learing). Murid dapat memilih sumber pembelajaran melalui kaedah kendiri, terarah dan akses kendiri.
Pusat Akses Sekolah SMK Cherang Ruku, merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan semua warga sekolah khususnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.
Dengan adanya Pusat Akses Sekolah ini diharap dapat memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah masyarakat celik maklumat dan berdaya saing serta maju dalam meneruskan pendidikan sepanjang hayat. Selain itu juga, pusat akses ini dapat membantu masyarakat setempat dalam mendapatkan maklumat secara on-line tentang perkembangan dunia terkini.

Matlamat Pusat Akses SMK Cherang Ruku ialah untuk :
1. Membudayakan penggunaan ICT di sekolah dan setempat.
2. Mengurangkan nisbah komputer dengan murid.
3. Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer dengan murid.

Objektif Pusat Akses SMK Cherang Ruku ialah untuk untuk;
1. Meningkatkan kemahiran murid/guru/staf dalam capaian maklumat secara ‘on-line’.
2. Membantu murid dalam pembelajaran kadar kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
3. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran ICT untuk pembelajaran.
4. Membantu guru-guru dan semua staf sokongan dalam penguasaan ICT.



VISI
PUSAT AKSES SEKOLAH



Memaksimum Kemahiran Capaian Maklumat
(on-line) dan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

MISI
PUSAT AKSES SEKOLAH

Satu tempat melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam capaian maklumat secara ‘on-line’.
Melahirkan para pelajar yang mempunyai kemahiran penggunaan dan penguasaan ICT untuk pembelajaran.
Melahirkan satu kumpulan pelajar yang bijak-pandai dalam pembelajaran akses kendiri dengan lebih berkesan.

Kepada semua pelajar 2010
WAKTU OPERASI
PUSAT AKSES :
Sesi Pagi (Jam 10—11 am)
(2.00—4.00pm)

Sesi Petang (Jam 12.00.– 1.00pm)


Kepada semua pelajar 2010

KAUNTER PENDAFTARAN UNTUK AHLI BARU PUSAT AKSES DIBUKA SEKARANG.
Bayaran ahli baru hanya RM 1.00

HANYA AHLI YANG BERDAFTAR SAHAJA LAYAK MENIKMATI KEMUDAHAN PUSAT AKSES


Tiada ulasan:

Catat Ulasan